“Saya meringkuk, terguling di dalam penjara sejak 1998 dan sampai sekarang tidak ada jawatan. Bersabar dan bertawakallah.”

Itu antara kata-kata Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam temubual eksklusif bersama MalaysiaGazette.

Anwar pernah memikul tanggungjawab sebagai pemimpin nombor dua di Malaysia. Beliau juga pernah meringkuk di penjara dan kemudian dibebaskan. Zaman mudanya, Anwar dikenali kerana gigih memperjuangkan isu rakyat. Dua tahun lalu Anwar dinamakan oleh Pakatan Harapan sebagai calon perdana menteri mereka.

Namun sehingga kini jawatan perdana menteri masih umpama bayang-bayang sehinggalah beliau mengadap Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini dan mendakwa mempunyai sokongan untuk ke jawatan tersebut.

Ikuti Owh!MG bersama Anwar jam 9.30 malam ini di portal dan laman media sosial MalaysiaGazette. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

2 Komen

  1. Sudah2 lah…baik buat amal ibadat je lah di hujung2 usia ni..lagi pun PKR dah lembik…PRN sabah baru2 ni pun PKR dah tak laku di sabah..kalau ada pun yg sokong sebab nak dapat duit atas angin dan jawatan saja..rakyat dah bosan lah..hari tu menang dgn PH pun sebab rakyat di tipu oleh atok kalau tk jgn harap lah nk menang.

Comments are closed.