Keadaan jalan raya yang terdapat lubang besar projek pembetungan oleh Puncak Niaga Construction yang menjadi masalah kepada penduduk setempat semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette berhadapan Enjoys Corner, Taman Desa Melawati, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 NOVEMBER 2020

KUALA LUMPUR – Penduduk di sekitar Taman Melawati dan kawasan Keramat menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap pembangunan projek pembetungan kendalian Puncak Niaga construction di kawasan tersebut yang menyebabkan wujudnya lubang-lubang besar yang dikorek di atas atau berdekatan jalan raya boleh  membahayakan pengguna.

Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Melawati (TMRA), Azhari Abd Taharim menyifatkan projek berkenaan kini tergendala berikutan tiada kemajuan pada projek itu di kawasan tersebut.

“Kita adakan mesyuarat dengan Pengurus Projek Puncak Niaga Construction setiap tahun namun apa yang dijanjikan tidak berlaku. Sudah tiga tahun sudah kita minta tutup lubang.

Keadaan jalan raya yang terdapat lubang besar projek pembetungan oleh Puncak Niaga Construction yang menjadi masalah kepada penduduk setempat semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan AU3, Taman Keramat, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 NOVEMBER 2020

“Ada dijanjikan sebelum ini ditutup pun hingga hari ini tidak dibuat. Sampai orang mati baru nak selesaikan?” katanya pasa majlis taklimat bersama penduduk setempat dengan wakil Puncak Niaga Construction menerusi ‘mesyuarat atas talian’ hari ini.

Taklimat tersebut dianjurkan oleh Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang.

Projek Pembinaan Rangkaian Paip Pembetungan di Bunus, Kuala Lumpur bermula pada 2014 dan dijangka siap pada 2022.

Keadaan jalan raya yang terdapat lubang besar projek pembetungan oleh Puncak Niaga Construction yang menjadi masalah kepada penduduk setempat semasa tinjauan lensa Malaysia Gazette di Taman Keramat, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 NOVEMBER 2020

Terdapat penduduk mendakwa lubang yang wujud berikutan pelaksanaan projek berkenaan telah mengakibatkan kemalangan jalan raya.

Justeru Azhari meminta Puncak Niaga Construction mengambil langkah proaktif bagi menyelesaikan isi ini.

Dalam pada itu Pengarah Projek Puncak Niaga Construction, Faizal Othman yang hadir ketika taklimat berkata, pihaknya akan mengenalpasti lubang-lubang di atas jalan yang perlu ditutup dengan segera. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast