Petugas KKM melakukan kerja-kerja saringan ke atas penghuni pusat perniagaan Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) susulan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Sepang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 11 NOVEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Seramai tiga penghuni Medan 88, Bandar Baru Salak Tinggi (BBST) yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) menyerah diri semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, untuk tempoh tiga hari sehingga semalam seramai 27 orang yang tidak berada di Medan 88 semasa perintah itu dikuatkuasakan telah menyerah diri.

Menurutnya, seramai 48 orang didapati positif Covid-19 daripada kalangan penduduk kawasan tersebut.

“Jumlah positif saringan sebelum PKPD dilaksanakan adalah  44 orang positif manakala jumlah positif saringan selepas PKPD dilaksanakan adalah 4 orang positif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Khamis lalu, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Sepang, Mohamad Zain A. Hamid berkata, lebih 400 penduduk Medan 88 masih belum dikesan selepas PKPD bermula.

Wan Kamarul Azran berkata, sebanyak 324 ujian saringan dilakukan sejak PKPD dilaksanakan kawasan tersebut – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast