Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Seramai 210,000 penerima lulus rayuan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 yang telah dibuka pada 7 Ogos sehingga 6 September lalu.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan hari ini berkata, semakan status kelulusan permohonan rayuan boleh dibuat di portal BSH, https://bsh.hasil.gov.my mulai 16 November 2020.

Bagi rayuan yang diluluskan, pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan mulai 23 November 2020.

“Pembayaran ini akan memanfaatkan 192,000 isirumah dan 18,000 penerima bujang (40-59 tahun) dengan anggaran peruntukan sebanyak RM231 juta,” katanya.

Tambah Kementerian Kewangan, lebih 250,000 permohonan rayuan telah diterima dan setiap daripadanya diverifikasi semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri dengan data terkini agensi-agensi berkaitan bagi menentukan kelayakan.

Pembayaran BSH 2020 sebanyak RM231 juta kepada pemohon rayuan yang lulus menjadikan keseluruhan pembayaran BSH tahun ini sebanyak RM5 bilion, yang melibatkan 4.5 juta penerima merangkumi 3.95 juta isi rumah dan 550,000 penerima bujang (40-59 tahun).

“Kerajaan sentiasa peka dan membantu dalam menjamin kelangsungan hidup Rakyat.

InsyaAllah, bantuan Kerajaan akan sentiasa diperhalusi dan pelaksanaan usaha ini akan ditambahbaik dari semasa ke semasa,” katanya lagi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast