LONDON – Perdana Menteri Britain, Boris Johnson terpaksa menjalani kuarantin selepas seorang ahli Parlimen yang ditemuinya disahkan Covid-19.
Beliau memaklumkan dirinya telah dihubungi oleh NHS Test and Trace pada hari Ahad tetapi setakat ini tidak menunjukkan gejala.
Johnson telah mengadakan pertemuan sekitar 35 minit dengan beberapa pembuat dasar yang lain termasuk Ashfield Lee Anderson yang kemudian disahkan positif.
Johnson pernah dimasukkan ke rawatan intensif di hospital London awal tahun ini dengan novel koronavirus.
Jurucakap Perdana Menteri berkata, Johnson akan terus bekerja dari Downing Street, termasuk mengendalikan respons kerajaan terhadap pandemik koronavirus.
“Perdana Menteri akan mengikuti peraturan dan mengasingkan diri,” katanya. – MalaysiaGazette