Muhammad Shazli Azhar.

KUALA LUMPUR – Spekulasi mengenai kisah pelakon Emma Maembong yang dikatakan sudah bersalin akhirnya terjawab apabila dia selamat bergelar ibu pada 8 November lalu.

Perkara tersebut dikongsikan oleh suaminya, Muhammad Shazli Azhar menerusi Instagram miliknya.

“Alhamdulillah 8/11/20 Allah is the greatest,” kongsinya bersama gambar Emma dan anak mereka.

Semalam, timbul khabar angin bahawa pelakon berkenaan sudah bersalin namun tiada sebarang pengesahan yang dibuat oleh Emma dan ahli keluarga lain.

Emma, 27, sah bergelar isteri Muhammad Shazli, 32, yang juga juruterbang pada 20 Februari lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast