Hamzah Abdullah

KUALA LUMPUR – Bekas pemimpin Parti Amanah, Hamzah Abdullah dijangka bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi.

Bagaimanapun difahamkan beliau akan bertanding sebagai calon bebas dalam PRK pada 5 Disember ini.

Seperti laporan beberapa portal, Hamzah berbuat demikian kerana tidak mahu terikat pada peraturan parti.

Beliau berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Perdana Menteri telah memberitahu yang PRK di Batu Sapi perlu diadakan kerana mengikut Perlembagaan Persekutuan yang mewajibkan mesti diisi kekosongan kerusi selepas 60 hari ahli Parlimen di kawasan itu meninggal dunia.

Baru-baru ini kerusi itu dikosongkan ekoran penyandangnya, Datuk Liew Vui Keong daripada Parti Warisan meninggal dunia.

SPR sebelum ini menetapkan 5 Disember sebagai tarikh hari mengundi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast