Sebuah lori lima tan terbakar berhampiran D'alamanda Jalan Impian Cheras, hari ini.

KUALA LUMPUR – Sebuah lori lima tan terbakar berhampiran D’alamanda Jalan Impian Cheras, hari ini.

Menurut Menurut Komander Operasi Kanan Pusat Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Rozi Jusoh, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2. 34 petang.

Sejurus itu pasukan operasi jentera dari Balai Bomba Penyelamat Pudu bersama sebuah jentera dan enam orang anggota digerakkan ke lokasi.

Ujarnya, kebakaran berlaku di bahagian belakang lori berkenaan namun api berjaya dipadamkan sepenuhnya 15 minit kemudian.

“Kemusnahan kebakaran dianggarkan 60 peratus,” katanya sambil menambah api berjaya dipadamkan pada 4 petang.

Tambah Rozi,, tiada mangsa terlibat ketika kejadian, dan punca kebakaran masih dalam siasatan.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast