KUALA LUMPUR – Penjara Seberang Perai dan Kuarters Perumahan Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang dan Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau, Penjara Sandakan Dan Kuarters Penjara Taman Wira, Sandakan yang dilaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dilanjutkan.
Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, ini kerana terdapat peningkatan mendadak kes positif Covid-19 di kedua-dua kawasan itu.
“PKPD di Penjara Seberang Perai dan Kuarters Perumahan Penjara Seberang Perai, Pulau Pinang dilanjutkan selama 14 hari lagi bermula 19 November sehingga 2 Disember depan.
“Sehingga kini, jumlah kumulatif kes positif COVID-19 yang dikesan adalah sebanyak 557 kes dan pihak KKM
mengesahkan masih terdapat 75 ujian saringan dalam
kalangan banduan, staf dan keluarga yang masih menunggu keputusan,” katanya dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, hari ini.
Sementara itu PKPD di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau, Penjara Sandakan Dan Kuarters Penjara Taman Wira,
Sandakan turut dilanjutkan selama 14 hari lagi.
“Bagi Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau, KKM telah melaksanakan sebanyak 1,740 saringan dan sehingga 17 November 2020 masih terdapat 137 kes aktif direkodkan manakala 924 sampel saringan lagi masih menunggu keputusan,” katanya lagi.
Malah di Penjara Sandakan dan Kuarters Penjara Taman Wira, Sandakan, KKM telah mengesan 141 kes aktif Covid-19.
Selain PKPD sedia ada, dua lagi kawasan turut dilaksanakan perintah PKPD.
Dua kawasan itu adalah Taman Meru, Ipoh, Perak dan Kg. Nahaba dan Kg. Tegudon di Kota Belud.
“PKPD ini akan melibatkan 2,288 penduduk dan 572 buah
rumah di kedua-dua lokaliti ini. Pelaksanaan PKPD ini adalah untuk memastikan pengesanan kes aktif dapat dilakukan dengan berkesan dan menyeluruh oleh pihak KKM.
“SOP PKPD ini adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini dan untuk maklumat lanjut rujuk di laman sesawang MKN,” katanya lagi.
Tambah Ismail lagi, PKPD Kg. Nahaba dan Kg. Tegudon, Kota Belud dilaksana ekoran 36 kes positif direkodkan di kawasan itu.
“Pelaksanaan PKPD ini akan melibatkan sebanyak 1,740
penduduk di kedua-dua lokaliti ini,” katanya. – MalaysiaGazette