Keluhan pemain industri pelancongan yang mendakwa mereka tidak mendapat perhatian sewajarnya dalam Belanjawan 2021 adalah kerana ada peruntukan yang tidak dijelaskan semasa sesi pembentangan pada 6 November lalu.
Menteri Pelancongan, Seni dan Kebudayaan, Datuk Seri Nancy Shukri menjelaskan, Belanjawan 2021 memperuntukkan wang yang lebih besar kepada kementerian berkenaan berbanding tahun-tahun sebelumnya.