KINSHASA – Data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan negara itu dilanda wabak tersebut pada Jun lalu.
Wabak itu muncul sebelum Congo mengisytiharkan berakhirnya wabak Ebola di bahagian timur mengorbankan lebih dari 2, 200 orang.
”Ucapan terima kasih kepada semua pihk yang tanpa lelah menangani wabak ini, memberikan rawatan dan vaksin kepada penduduk di kawasan terpencil,” kata Pengarah WHO Afrika, Matshidiso Moeti.
Congo telah mengalami 11 wabak Ebola sejak virus itu ditemui di Sungai Ebola pada tahun 1976, lebih dari dua kali ganda berbanding negara lain. – MalaysiaGazette