Kelmarin DBKL mengumumkan semua kedai runcit, kedai serbaneka dan ubat tradisional Cina tidak dibenarkan menjual arak kecuali bagi tujuan ubatan tradisional.
Menurut DBKL dalam Garis Panduan Lesen Minuman Keras, berkuat kuasa tarikh sama, tiada lagi lesen baharu minuman beralkohol yang memabukkan (LMK) dibenarkan diperbaharui untuk semua kedai runcit, kedai serbaneka dan ubat Cina.
Katanya, lesen pembaharuan hanya dibenarkan sehingga 30 September 2021 sahaja.
“Jenis LMK dan premis yang dibenarkan adalah secara borong, gudang, stor, rumah kedai dan kompleks perdagangan.
“Selain itu, rumah awam kelas 1, rumah kedai, hotel, kompleks perdagangan. Untuk runcit pula melibatkan pasaraya, hypermarket dan kompleks perdagangan,” menurutnya.
Keputusan tersebut bagaimanapun dipersoalkan oleh beberapa pihak antaranya Pengerusi DAP Wilayah Persekutuan yang juga ahli Parlimen Cheras, Tan Kok Wai.
Menurut Kok Wai, beliau akan mengadakan pertemuan dengan Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk memohon agar garis panduan baharu itu ditarik balik.
Katanya, peraturan baru itu melanggar hak orang bukan Islam untuk mengamalkan budaya mereka, yang dijamin Perlembagaan Persekutuan.
Memetik laporan MalaysiaKini, katanya, peraturan baharu itu “anti-perniagaan” dan yang menjadi korban adalah peniaga yang mematuhi undang-undang dan membayar cukai. – MalaysiaGazette
Terbaik dato
terbaik dan dilaksanakan seluruh negara…muktamad
Bagus TS Anuar Musa ni, diharap semua majlis2 bandaraya, bandaran diseluruh negara mengikut jejak langkah yang sama secepat mungkin.
Selepas ini harap dapat fokus kepada penutupan rumah2 urut dan rumah2 pelacuran pula. Ianya sebuah perjuangan!
Pemimpin seperti inilah yang sudah lama ditunggu2 dan didambakan oleh rakyat, bukan mereka2 yang ‘play safe’ dan bermuka2!
Saman bukan sahaja pemandu mabuk tetapi saman juga kedai yang jual minuman memabukkan pemandu. Exception untuk pemandu mabuk langgar setan rempit okay.
Gang Rempit kena Langgar dengan Kaum Mabuk mmg patut pun!
Teringat nasib bekas Exco PAS Selangor Dato’ Hassan Ali yg dikutuk dan dihina oleh DAPigs dan Khooleed SooMAD (khadam Carlberg DAPigs) kerana melakukan tindakan yg sama semasa penggal pertama pemerintahan PR di Selangor.