Laporan Perangkaan Penting Malaysia 2020 diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan penduduk Kuala Terengganu paling subur di negara ini.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Laporan Perangkaan Penting Malaysia 2020 diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan penduduk Kuala Terengganu paling subur di negara ini.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, ia kerana ibu negeri Terengganu itu merekodkan kadar kelahiran kasar tertinggi sepanjang tahun lalu.

“Ia mencatatkan 26.6 kelahiran bagi setiap 1,000 penduduk, manakala daerah Kinabatangan di Sabah pula merekodkan kadar paling rendah di Malaysia iaitu 3.5 kelahiran,” katanya dalam satu kenyataan berhubung laporan Perangkaan Penting Malaysia 2020 hari ini.

Laporan terbaharu yang dibentangkan itu mengandungi statistik data kelahiran dan kematian mengikut ciri-ciri demografi Malaysia, negeri dan daerah pentadbiran bagi tahun 2019 lalu.

Berdasarkan perangkaan itu, bilangan kelahiran hidup ialah 487,957, menurun 2.8 peratus berbanding 501,945 pada 2018 dan angka 2019 adalah paling rendah dalam tempoh sedekad.

Mohd. Uzir menambah, jumlah kematian tahun lalu ialah 173,746 kematian iaitu peningkatan 1.0 peratus berbanding sebanyak 172,031 kematian direkodkan pada tahun sebelumnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast