TERKINI : JSJN Bukit Aman dan Kontinjen Selangor Berjaya Rampas Dadah Bernilai RM4.81 Juta

Enam individu termasuk seorang dalang kepada satu sindiket pengedaran dadah untuk pasaran di Sabah dan Sarawak ditahan dalam lima serbuan berasingan pada 17 November lalu.

Penahanan lima suspek warga tempatan dan seorang warga asing berusia 34 hingga 56 tahun itu sekaligus mematikan satu rangkaian kegiatan pembekalan dadah sindiket itu yang beroperasi sejak awal tahun ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Komisioner Datuk Razarudin Husain berkata, pihaknya dengan kerjasama (JSJN) Kontinjen Selangor, JSJN Kuala Lumpur dan JSJN Pahang berjaya merampas 96.93 kilogram pelbagai jenis dadah.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast