TERKINI : Papan Iklan Haram “Kerajaan Rugi Hampir RM1juta Setahun” – Badrul Hisham

Kerugian hampir RM1juta setiap tahun terpaksa ditanggung oleh kerajaan akibat daripada pembinaan dan pemasangan 20 struktur paparan iklan haram tanpa kelulusan caj pendudukan di Kilometer (KM) 17.3 hingga 17.7 Lebuhraya Persekutuan.

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Pembangunan) Kementerian Kerja Raya, Datuk Badrul Hisham Mohd, kewujudan paparan iklan haram itu dianggarkan telahpun dibina sejak lebih dua tahun lalu dan ia dibina di atas rizab Jalan Persekutuan.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast