Tun Dr Mahathir Mohamad.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkongsi rasa sedih apabila kawan-kawan seperjuangan beliau satu masa dulu kini telah meninggal dunia.

Yang terbaharu, Khalid Julong yang meninggal dunia pada 18 November yang disifatkan oleh Dr Mahathir telah menamatkan satu generasi pejuang Melayu.

Mengimbau kenangan bersama Khalid, pemimpin veteran yang kini menjangkau usia 95 tahun berkata, mereka berkenalan dan berdamping dalam arena politik apabila tamat Perang Dunia Kedua.

“Kami berada dalam Saberkas, sekumpulan anak Melayu yang memiliki kesedaran akan bangsanya.

“British merancang untuk rampas negeri-negeri Melayu untuk dijadikan tanah jajahan mereka. Malayan Union akan tamatkan kewujudan orang Melayu dengan Tanah Melayu mereka,” katanya dalam catatan di laman blog beliau dan turut dikongsi di media sosial.

Dr Mahathir menyenaraikan beberapa nama kawan seperjuang beliau iaitu Khalid, Azahari Taib, Khir Johari, Khir Pa’ Awang, Hj Taha, Chegu Senu dan lain-lain yang semuanya sudah tidak ada.

“Tinggal saya seorang. Saya sedih. Semua mereka kawan lama. Saya kesunyian. Saya berdoa roh arwah Khalid Julong akan dirahmati Allah SWT,” katanya.

Dalam satu catatan pada 16 Oktober tahun lalu, Dr Mahathir berkata: “Sahabat lama saya semua dah meninggal kecuali 2 orang Khalid Julong dan Osman Kuda..umur pun 90an juga. Sorang masih jadi bilal di masjid sorang lagi dah tak berapa sihat.” – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Kami doakan kesejahteraan Tun dan pejuang2 bangsa yg terdahulu. Wlpun berbeza pendapat dan idea tp Tun dan sahabat2 Tun tetap hero negara. Tak termasuk Bang Non laa..

  2. Tak payah nak sedih2 laaa …ko dah aniaya dan berlaku zalim kepada ramai rakyat..ko tak tau betapa sedihnya keluarga mereka yg dianiaya. Ko fitnah macam2..ko khianati orang Melayu dgn Geng2 Kit Siang.. Drama sedih ko samalah mcm sebelum PRU14..nangis2 konon sampai berjaya menipu rakyat…skrg ko nak ulang balik drama sedih? Moga ko mendapat pembalasan yg dahsyat dari Allah S.W.T…ameen!

Comments are closed.