Mikel Arteta mencari sumber yang membocorkan fakta tidak benar mengenai pergaduhan pemain untuk tindakan tegas.

LONDON – Mikel Arteta memberi amaran kepada sumber yang membocorkan pergaduhan pemain semasa sesi latihan bahawa individu terbabit akan berdepan tindakan tegas.

Pengurus Arsenal itu berang dengan tindakan sumber yang mendedahkan pertelingkahan antara Dani Ceballos dan David Luiz.

Laporan menyatakan kedua-dua pemain itu bertembung ketika sesi memanaskan badan.

Menurut Arteta, insiden itu tidak serius sebagaimana digempar-gempurkan oleh sumber.

“Saya tidak suka dengan fakta insiden itu dibocorkan oleh inividu tidak bertanggungjawab dan saya sedang mencari siapa dalang itu untuk tindakan lebih tegas.

“Ini melibatkan soal peribadi dan rahsia dibocorkan sewenang-wenangnya demi kepentingan peribadi,” bidas Arteta.

Sejurus selepas insiden itu terbongkar, Ceballos segera memuat naik status dalam twittersnya bahawa ia adalah berita tidak benar yang berniat mencalar imej kelab dan pemain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast