Gambar hiasan

SINGAPURA – Harga minyak meneruskan keuntungan pada hari Isnin kerana para peniaga optimis pemulihan permintaan minyak mentah susulan kejayaan percubaan vaksin koronavirus.

Sentimen juga diperkukuhkan dengan harapan Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum (OPEC), Rusia dan pengeluar lain, sebuah kumpulan yang dikenali sebagai OPEC +, akan terus mengawasi pengeluaran minyak mentah.

Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat AS$0.17 atau 0.4%, kepada AS$ 45.13 setong pada 0039 GMT sementara minyak mentah West Texas Intermediate A.S. naik sebanyak AS$0.04atau 0.1%, kepada AS$ 42.46 setong.

Kedua-dua penanda aras telah meningkat sebanyak 5% minggu lalu.

“Sentimen positif ini terus didorong oleh berita baik baru-baru ini, mengenai keberkesanan vaksin koronavirus yang dalam pembangunan dan jangkaan bahawa pertemuan OPEC + pada akhir bulan ini yang akan melanjutkan pengurangankan bekalan antara 3 hingga 6 bulan lagi,” kata Stephen Innes , Ketua Pakar Strategi Pasaran Global di axi.

Tetapi syarikat minyak Rusia yang lebih kecil masih merancang untuk mengeluarkan lebih banyak minyak mentah tahun ini walaupun terdapat perjanjian global untuk mengurangkan bekalan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast