RIYADH – Arab Saudi menafikan laporan bahawa Putera Mahkota Mohammed bin Salman berjumpa dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Sebaliknya, pertemuan itu hanya antara Arab Saudi dan pegawai Amerika Syarikat sahaja.
Kenyataan itu dibuat oleh Menteri Luar Arab Saudi, Faisal bin Farhan Al Sauk menerusi Twitter.
Namun, Netanyahu enggan mengulas laporan awal.
Radio tentera Israel mendakwa Netanyahu telah melakukan pertemuan secara diam-diam dengan Putera Mahkota dan Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo.
Sebelum ini, AS telah memujuk Arab Saudi untuk menormalisasi hubungan dengan Israel, selepas langkah berkenaan dibuat oleh Emiriah Arab Bersatu dan Bahrain. – MalaysiaGazette