KUALA LUMPUR – Satu video tular hari ini di media sosial mengenai dakwaan deretan kereta-kereta baharu yang dibeli oleh kerajaan negeri Kedah.

Video berdurasi 13 saat itu memaparkan dua deretan kereta Honda Accord yang diparkir.

Menurut suara dalam video berkenaan, ia adalah kepunyaan barisan exco kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.

“Cepat-cepat pilih nak yang mana? Cepat lah berderet-deret,” kata seorang lelaki yang mengambil video berkenaan.

“(Kereta) Exco ke ini?, soal rakannya.

“Hmmm (mengaku ini adalah kereta Exco),” jawab lelaki berkenaan.

Kesemua kereta itu mempunyai nombor pendaftaran ‘K’ yang mewakili negeri Kedah.

Video itu dipaparkan dalam Facebook rasmi bekas Setiausaha Politik bekas Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya.

Abu Bakar dalam status video itu mempersoalkan tindakan kerajaan negeri itu.

Katanya, langkah itu tidak perlu dilakukan tatkala rakyat negara ini sedang berdepan dengan tekanan ekonomi ekoran penukaran pandemik Covid-19.

“Dalam keadaan hidup rakyat tertekan hilang sumber pendapatan kerana serangan covid19 kerajaan negeri keluarkan kereta baru.

“Apakah kereta yang lama dah tak boleh diguna pakai lagi?, soal beliau. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. beginilah kerajaan kita sekarang. melayu islam kena perkukuhkan dulu kedudukan. rakyat merempat pun biar kan dulu janji kerajaan selesa.

  2. wahh bergayanya depa …untong aa..covid2 ni orng kena buang kerja gaji potong sup2 exco n geng dpt kereta baru..takdirrrr

  3. hmmm..
    rakyat tengah susah,
    boleh pulak korang beli kereta baru?
    ntah apa pulak alasan nak bagi?
    hadis apa pulak nanti nak digunakan?

Comments are closed.