Dr. Jeffrey Kitingan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Dr. Jeffrey Kitingan diminta meninggalkan Dewan Rakyat oleh Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun sementara Parlimen mendapatkan jawapan terperinci dari Kementerian Kesihatan (KKM).

Ahli Parlimen Keningau itu diminta berbuat demikian kerana kehadirannya di Dewan Rakyat hari ini menimbulkan kebimbangan ahli-ahli Parlimen pembangkang kerana tidak menjalani proses kuarantin wajib 14 hari selepas pulang dari Sabah, semalam.

Menurut Azhar, sementara ketiadaan Dr. Jeffrey, beliau akan mendapatkan jawapan dari Klinik Kesihatan Lembah Pantai, tempat ahli Parlimen itu menjalani saringan Covid-19 selepas tiba di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mengikut rekod juga, Ahli Parlimen Keningau itu menjalani kuarantin selama 12 hari bermula 12 November lalu hingga semalam, sebelum beliau masuk ke Dewan Rakyat hari ini untuk mengikuti sesi perbahasan Belanjawan 2021. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Dewan Rakyat kecoh MP Keningau tak jalani kuarantin wajib