Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay

JOHOR BAHRU – Ini hanya khabar angin, kata Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengulas tentang desas-desus pertukaran beliau ke Selangor.

China Press menghubungi Ayob Khan berikutan khabar angin dalam pasukan polis yang mengatakan bahawa beliau akan ditukar menjadi Ketua Polis Selangor.

Menurut khabar angin yang tersebar, kekosongan yang ditinggalkan Ayob Khan di Johor pula akan diisi oleh Datuk Abd. Jalil Hassan yang merupakan Ketua Polis Pahang pada masa ini.

“Saya tidak tahu (berita ini), ini hanya khabar angin,” kata Ayob Khan kepada China Press.

Akhbar itu juga cuba mendapatkan pengesahan daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador.

“Macam-macam khabar angin ada, memang ada orang yang mencadangkan,” balas Abdul Hamid secara ringkas apabila ditanya mengenainya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

4 Komen

  1. Tp kami rakyat Malaysia telah mencadangkan Dato Ayob Khan sebagai Ketu Polis Negara yg Baru..no kompromi

  2. semoga Datuk Ayob terus dilantik sebagai KPN yang baru,
    Datuk Ayob memang Terbaik,
    sentiasa menjalankan tugas tanpa mengetepikan pegangan agama ALLAH,

  3. Dato Ayob sepatutnya sebagai KPN yang baru menggantikan KPN Hamid yg nampak kurang sesuai apabila terdapat setengah2 pegawai2 kanan terlibat salahguna kuasa atau dikaitkan dengan rasuah sehingga masyarakat hilang keyakinan terhadap kepinpinan beliau sekarang

Comments are closed.