Lionel Messi

LONDON – Manchester City sudah merangka strategi sepanjang tempoh 10 tahun untuk memaksimumkan manfaat selepas membawa masuk superstar La Liga, Lionel Messi.

Sportsmail di United Kingdom mendedahkan bahawa Pep Guardiola dan kelabnya masih serius dalam usaha membawa masuk bintang Argentina itu ke stadium Etihad Januari ini.

Messi dinafikan hak untuk meninggalkan kelab itu selepas mengemukakan permohonan rasmi Ogos lalu.

Dalam pada itu kelab MLS New York City dijangkakan destinasi kedua Messi selepas Man City jika dia memilih untuk meninggalalkan Nou Camp.

Namun, Messi yang kini berusia 33 tahun dikatakan bebas untuk berunding dengan mana-mana pihak mulai 1 Januari depan mengenai penghijrahan ke kelab lain secara percuma yang dijangkakan pada beberapa minggu lagi.

Walaupun Pep menafikan dan enggan mengulas spekulasi mengaitkan kelab dengan Lionel Messi, kerja-kerja ke arah memujuk dan mendapatkan merekrut Messi ke EPL sudah digerakkan oleh kelab Manchester.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast