LONDON – Barcelona berjaya melangkah ke pusingan ke-16 Liga Juara-Juara Eropah selepas menjinakkan Dynamo Kyiv 4-0 dalam aksi kumpulan G awal pagi tadi.

Walaupun the Catalans beraksi tanpa penyerang utama mereka iaitu super star Lionel Messi, pasukan gergasi La Liga Sepanyol itu dalam keadaan selesa setelah menang kesemua empat perlawanan peringkat kumpulan setakat ini dan mara lebih awal ke pusingan kalah mati dengan masih berbaki dua perlawanan yang perlu diharungi.

Pada separuh masa pertama selaku pelawat skuad Ronald Koeman buntu mencari gol awal sehingga terpaksa terikat seri tanpa jaringan di babak pertama.

Kekebalan benteng pertahanan skuad tuan rumah tanpa menafikan impian Barcelona untuk mencipta gol awal.

Namun, tujuh minit selepas separuh masa kedua bermula, tuan rumah terpaksa menyerah kalah dengan strategi Barcelona apabila pasukan pelawat itu membuka gol pertama menerusi Dest pada minit ke-52 sebelum gol kedua hadir lima minit kemudian menerusi Braithwaite.

Barcelona yang bersemangat dengan dua gol itu terus melancarkan serangan di kubu lawan secara bertalu-talu sehingga Braithwaite sekali lagi menbuka jaringan ketiga pada mi it ke70 menerusi sepakan penalti.

Penyerang Griezmann pula melengkapkan kemenangan Barcelona pada minit ke-92 menerusi gol keempat pasukan.

Pasukan yang berentap pagi tadi adalah antara termuda dibariskan oleh Koeman kali ini.

Dengan kemenangan itu, Barcelona berjaya mengumpul 12 mata dengan berbaki dua lagi perlawanan peringkat kumpulan manakala Juventus menduduki tempat kedua dengan sembilan mata.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast