lori air Air Selangor
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kerja-kerja penggantian injap pada paip agihan yang terletak di simpang Jalan Indah 1, Jalan B48 Pekan Sepang Lama telah siap dilaksanakan lebih awal daripada yang dijadualkan iaitu pada jam 3 pagi tadi.

Para pengguna sudah mula menerima bekalan air bermula jam 5 pagi tadi dan proses pemulihan bekalan air adalah secara berperingkat-peringkat.

Oleh itu, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) berkata, kesemua 27 kawasan di wilayah Kuala Langat dan Sepang dijangka pulih sepenuhnya pada jam 5.30 petang hari ini. – MalaysiaGazette