TERKINI : 13 Ahli Parlimen Berdiri Tidak Menyokong Belanjawan 2021

Seramai 13 Ahli Parlimen yang berdiri memohon supaya diadakan undi belah bahagi bagi menentukan Belanjawan 2021 diluluskan atau tidak, gagal mendapat sokongan di kalangan mereka sendiri.

Blok pembangkang hanya memerlukan dua Ahli Parlimen sahaja, untuk mencukupkan syarat kepada 15 orang bagi membolehkan undi belah bahagi Belanjawan 2021 ditentukan.

Namun, di kalangan Ahli Dewan dari blok pembangkang sendiri nampak berbelah bahagi sehingga Speaker, Datuk Azhar Azizan Harun mengumumkan Belanjawan 2021 diluluskan dengan suara ramai.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast