Penggunaan dan penagihan dadah dalam kalangan rakyat Malaysia menurun sehingga 46 peratus untuk tempoh tiga bulan pertama penularan wabak itu dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Jonathan Yasin berkata, ia susulan penutupan pusat hiburan, pengurangan akses kepada pengedar dadah terhadap bekalan, hilang sumber pendapatan dan faktor ekonomi tidak menentu.