KUALA LUMPUR – Tindakan kerajaan menaikkan peruntukan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) sehingga 48.1 peratus dalam Belanjawan 2021 menimbulkan rasa tidak puas hati Pergerakan Wira Putra.
Mengecam keras tindakan itu, Wira Putra mahu rakyat membuka mata melihat pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang bertopengkan gagasan kononnya membawa agenda Melayu dan Islam, tetapi pada masa sama menafikan hak sekolah agama.
Ketuanya, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif berkata, dalam Belanjawan 2021, kerajaan PN menaikkan peruntukan penyelenggaraan SJKC secara mendadak sebanyak RM74.07 juta berbanding RM50 juta tahun lalu.
Sedangkan, tegas beliau, peruntukan bagi sekolah agama diturunkan dari RM50 juta kepada RM12.23 juta.
Katanya, peruntukan kepada Universiti Teknologi Mara (UiTM) juga dikurangkan sekitar RM3 juta, tetapi Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman (TAR UC) dinaikkan kepada RM58 juta, dari RM30 juta sebelumnya.
“Ini memperlihatkan pembangunan pendidikan bagi kaum Bumiputera dipandang remeh oleh kerajaan PN,” katanya dalam kenyataan kepada media, hari ini.
Nasrul Ali Hasan berkata, Wira Putra dan majoriti rakyat bukan sahaja kecewa, malah membantah peruntukan terlalu rendah untuk institusi agama dan UiTM.
“Nampak PN tidak serius untuk memartabatkan Islam seperti sepatutnya, terutama bagi kerajaan yang mengelarkan diri mereka kerajaan Islam, Melayu.
“Inikah dikatakan kerajaan Islam, Melayu? Layakkah mereka menggelarkan diri mereka begitu, sedangkan hakikatnya sekadar hendak menarik hati majoriti rakyat.
“Ini yang dikatakan menang sorak kampung tergadai. Rakyat bertepuk tangan, bersorak apabila pemimpin pilihan mereka dapat memimpin negara, namun kepercayaan itu dibaham bagi memenangi hati bukan kaum pribumi dan orang Islam,” ujarnya.
Beliau berkata, apabila menjenama diri sebagai pentadbiran Islam, PN sepatutnya menjadi contoh dari segenap aspek termasuk ketegasan dalam memperkasakan pendidikan dan menambahbaik institusi orang Islam dalam negara.
“Takbir sana sini, sorak hidup Melayu, laung perjuangkan hak rakyat, tapi semua temberang sahaja. Ibarat anak kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan,” katanya.
Beliau berkata, pemimpin sejati tidak akan membiar belanjawan berat sebelah seperti itu diluluskan sewenang-wenangnya.
Katanya, hanya pemimpin buta hati terhadap pembangunan anak bangsanya dan pentingkan kuasa serta jawatan semata-mata akan menyokong belanjawan berkenaan. – MalaysiaGazette
Syabas PN bagi pendatang haram jadi buruh untuk ladang sawit orang orang Cina di Johor kerana orang Tiong Hua minta.
Tanah yang dulunya milik orang Melayu Johor.
Syabas. Kayakan Cina dan majukan sekolah Cina.
Yang MP Pas pentingkan mereka dapat naik kereta baru hahaha…Melayu mercedes.
Telatah Pak Pandir politikus kemaruk sokongan undi kaum pendatang cina keling syok menang sorak kampung tergadai masih berlarutan sehingga tanah Melayu merosot ke 12% di mana majority ekonomi negara dimiliki korporat kaum pendatang cina keling dapat wang peruntukan sekolah vernikular. Walhal pribumi Iban, Kadazan, Melanau, Bidayuh, Bajau, dan Dayak yang lebih berhak dapat sekolah vernikular belum dapat sesen pun. Justeru, cina keling mesti pulangkan semua wang peruntukan sekolah vernicular termasuk bunganya sekali demi keadilan kesamarataan. Tambahan lagi, Islam agama persekutuan cuma mockery sebab sekolah tahfiz dan agama dapat kurang wang peruntukan berbanding sekolah vernicular pendatang cina keling dapat lebih peruntukan..
Tibalah masanya Melayu sedarkan Pak Pandir politikus supaya mengikut contoh negara-negara kecil Qatar, UAE, Kuwait, dan baru-baru ini Mahkamah Perlembagaan the Dominican Republic membatalkan warganegara tempatan ke atas cucu-cicit kaum pendatang sejak 1929 demi menjamin hak keistimewaan pribumi mereka. Bila lagi?