KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Syed Bakri menasihati netizen agar tidak menyebarkan perkara yang belum pasti mengenai seorang rakan industrinya yang terpalit dengan dakwaan kes rogol.
Menerusi hantaran di Instagram miliknya, PU Syed berkata lebih baik jika perkara itu diserahkan kepada pihak berkuasa sahaja tanpa perlu campur tangan orang ramai sehingga ada yang sanggup terus membuka aibnya.
“Maaf ambe (saya) bukan Da’i Syed dan Da’i Syed juga bukannya ambe. Jika benar seperti dakwaan terhadapnya, biarlah mahkamah yang menghakiminya.
PU Syed turut menitipkan pesanan kepada orang ramai untuk sentiasa beringat bahawa setiap individu juga mempunyai aib sendiri, cuma ia terselindung daripada umum kerana ‘dijaga’ oleh Allah.
“Berat sangat mehnah (ujian) dan pancaroba menjadi pendakwah pada usia muda tanpa persediaaan yang sebenar dan sebetulnya.
“Kita juga ada aib yang Allah simpan, maka untuk itu cukup-cukuplah kita sebarkan keaiban manusia lain dek kerana inginkan sensasi dan panas,” katanya.
Hari ini, seorang pendakwah muda direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes merogol seorang wanita pada tahun lalu. – MalaysiaGazette
Lgbt bnyk lagi nih pu.. X kan dok diam jer.. Dh ada kuasa kan skrng.. Dulu bukn main lgi