KUALA LUMPUR – Peluang masih wujud untuk menyatakan pendirian tegas termasuk melalui undian belah bahagi di peringkat jawatankuasa Belanjawan 2021 dalam minggu-minggu akan datang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Perlu saya nyatakan di sini bahawa dalam sejarah perjalanan Parlimen Malaysia belum pernah suatu belanjawan dipinda dengan jumlah atau dengan cara seperti ini.
“Ini adalah tanda kesediaan Perikatan Nasional melakukan apa sahaja untuk kekal berkuasa, termasuk melanggar duluan (precedent) Parlimen,” kata Ketua Pembangkang itu dalam satu kenyataan hari ini.
Anwar juga mengulangi dirinya yang meminta barisan majoriti pembangkang tidak bangun menuntut undi belah bahagi selepas penggulungan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat semalam.
“Walaupun rakan-rakan khususnya YB Lim Guan Eng dan YB Mohamad Sabu merasakan perlu dibuat undi belah bahagi pada waktu itu, saya telah membuat keputusan sebagai Ketua Pembangkang serta Pengerusi Pakatan Harapan untuk meminta ketua-ketua whip parti pembangkang tidak berbuat demikian.
“Ini supaya ahli-ahli Parlimen dapat meneliti secara
terperinci dan mendalam keseluruhan pengumuman Menteri Kewangan.
“Ahli-ahli Parlimen berhak mempersoal apakah peruntukan-peruntukan ini adalah tambahan kepada yang telah diumum atau terhasil dari pemotongan mana-mana kementerian lain, apakah jumlah sebenar belanjawan serta kesan terhadap situasi
kewangan negara, selain isu golongan yang masih mendambakan bantuan seperti pemandu teksi, pengusaha kantin dan ramai lagi,” katanya.
Beberapa mekanisme termasuk berkenaan pengeluaran dana dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan moratorium bank juga perlu diteliti, katanya.- MalaysiaGazette
peluang kedua tidak seperti peluang pertama. terus terang saja tak yakin boleh selesaikan masaalah. kalau sama saja dengan pm sekarang lebih baik duduk diam2 nanti pru15.