Syed Amirul direman 5 hari bermula hari ini sehingga Selasa depan bagi membantu siasatan kes merogol seorang gadis di sebuah rumah di Seksyen 7, Shah Alam pada September tahun lalu.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dalam satu kenyataan malam tadi memberitahu lelaki tersebut ditahan ketika hadir bagi memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 11 malam.