Foto Agensi.

BUENOS AIRES –  Perjalanan hidup bintang Argentina, Diego Maradona berakhir apabila legenda bola sepak dunia itu selamat dikebumikan malam tadi.

Majlis pengebumian itu diadakan pada satu majlis yang hanya dihadiri keluarga dan rakan rapat di tanah perkuburan Bella Vista di luar Buenos Aires.

Bagaimanan, suasana tenang di tanah perkuburan itu dikejutkan dengan insiden yang berlaku di Buenos Aires apabila polis melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah ketika bertembung dengan peminat.

Ini kerana puuluhan ribu peminat berbaris sejak awal pagi untuk melihat keranda bintang itu yang dibalut dengan bendera Argentina dan jersi No 10 di Istana Presiden.

Maradona yang meninggal dunia kelmarin akibat serangan jantung mendapat gelaran gol ‘Tangan Tuhan’ apabila dia menjaringkan gol menggunakan tangan kiri ketika menentang England pada suku akhir Piala Dunia 1986 dengan negaranya muncul juara dunia ketika itu.

Dia disayangi di peringkat kelab bersama Boca Juniors di negara kelahirannya, selain Napoli di Itali selepas menjulang dua gelaran Serie.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast