Orang ramai masih mengunjungi pusat hiburan ketika negara masih melaksanakan PKPB.

KUALA LUMPUR – Orang ramai, warganegara asing dan pengusaha pusat hiburan diberi amaran supaya terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Kegagalan mematuhi Perintah ini membolehkan tindakan diambil di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.8) (Pindaan) (No.4) 2020 dan lain-lain peruntukan undang-undang yang masih berkuatkuasa. –

Ketua Polis Dang Wang, Asisten Komisioner Mohd Zainal Abdullah berkata, seramai 88 warga tempatan dikenakan tindakan kompaun di bawah Peraturan 11, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.8) (Pindaan) (No.4) 2020 dalam operasi yang dijalankan.

Ia hasil pemeriksaan yang dijalankan pada 21 hingga 27 November di lima premis pusat hiburan yang mempunyai lesen sah oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.

Dalam pemeriksaan itu, seramai 77 warga asing ditahan termasuk 10 orang tidak memiliki dokuman perjalanan yang sah dan 67 lagi kerana memiliki dokumen perjalanan dalam negeri disyaki palsu dalam pemeriksaan lima pusat hiburan di sekitar Dang Wangi.

Menurutnya, 10 warga asing itu lagi ditahan di bawah Sekyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 manakala 67 orang lagi di bawah Seksyen 56 (1) (l) Akta Imigresen 1959/63. – MalaysiaGazette