PARIS – Airbus menemui pembeli untuk enam pesawat daripada keluarga A320neo yang ditolak oleh salah satu pelanggan utamanya, AirAsia, ketika ia berusaha untuk melupuskan baki lebihan pesawat berikutan krisis koronavirus, kata sumber industri.
Jet yang tidak diingini itu telah menjadi gambaran kepada masalah wabak tersebut dalam industri aeroangkasa menyebabkan hubungan dingin antara dua pemain utama industri.
Ketegangan hubungan yang biasanya tidak diketahui umum terdedah pada April apabila Airbus mempelawa tender pembelian untuk enam pesawat yang digagal dihantar kepada AirAsia.
Kini kesemua enam buah pesawat tersebut telah menemui pemiliknya yang mana pesawat terakhir dihantar pada bulan ini, kata seorang sumber industri Eropah kepada Reuters. Airbus tidak membuat ulasan mengenai perkara tersebut.
Airbus secara konsisten telah meningkatkan penghantaran ketika ia memuktamatkan urusniaga dengan syarikat-syarikat penerbangan untuk menjadualkan semula penghantaran atau menyimpan pesawat.
Pada bulan lalu, Airbus berkata, ia telah mengurangkan pesawat yang tidak dijual kepada 10 buah daripada 135 pesawat kerana tidak dapat melakukan penghanataran semasa krisis koronavirus.
Serahan pesawat daripada pengambilan tempahan semula AirAsia dijangka dapat mengurangkan lebihan pesawat ketika bilangan penghantaran melebihi pengeluaran pada November ini.
Airbus menjangka permintaan kukuh pesawat A321neo dan dan pesawat tersebut telah dapat mengekalkan nilainya, kata sumber itu. Airbus masih mengekalkan rancangannya untuk meningkatkan pengeluaran pesawat satu lorong.
Pesawat A321neo bersaing dengan dua versi pesawat Boeing, B737MAX yang lebih besar yang telah menerima kelulusan untuk memasuki semua perkhidmatan pada minggu lalu selepas 20 bulan operasinya digantung berikutan dua kemalangan membabitkan model itu.
Boeing dijangka menjual semula berpuluh-puluh B737MAX yang mana pembeli membatalkan tempahan semasa pesawat itu digantung operasi.
Menurut firma jururunding yang berpangkalan di United Kingdom, IBA Group, semua pesawat mengahadapi penurunan nilai semasa krisis Covid-19 tetapi pesawat A321neo diniagakan kira-kira 5 peratus di bawah nilai manakala B737MAX sebanyak 10 peratus lebih rendah yang mana ia turut terkesan dengan penggantungan operasi baru-baru ini.
Keraguan tentang permintaan untuk pesawat Airbus yang lebih besar, A330neo, kekal yang mana pelanggan utamanya, AirAsia X sedang mencari pembiayaan untuk kelangsungan hidup.
Pada April lalu, AirAsia berkata, syartikat itu akan berhenti menerima semua pesawat Airbus pada tahun ini dan mengkaji semula baki tempahannya. – MalaysiaGazette
Sepatutnya mintalah nasihat daripada businesswomen untuk way forward dalam perkara ini?
Nenek tu tu dikatakan sangat bijak dalam dunia perniagaan?