Goktug
Peluru berpandu Goktug keluaran Turki.

ANKARA – Turki telah melakukan ujian peluru bepandu udara-ke-udara pertamanya, kata Naib Presiden negara itu

“Ujian sistem peluru berpandu udara-ke-udara nasional pertama, Goktug, telah dilakukan dan pengeluaran pertama peluru berpandu laut, ATMACA telah bermula,” kata Fuat Okyat kepada Jawatankuasa Parlimen Perancangan dan Belanjawan.

Turki juga terus menghasil, menghantar dan mengeksport peralatan ketenteraan dengan peluru mini pintar, tambah Oktay seperti dipetik agensi Anadolu.

Beliau berkata, industri pertahanan Turki mencatatkan perolehan sebanyak AS$11 bilion pada 2019.

“Eksport mencecah AS$3 bilion dan bilangan projek pertahanan yang dilaksanakan melebih 700,” tambah beliau.

Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan sebelum ini berikrar intuk meningkatkan industri pertahanan negaranya.

“Kami tidak boleh berkompromi produk daripada luar negara apabila kami boleh menghasilkannya sendiri,” kata Erdogan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. malaysia bila lagi nak buat peluru berpandu? ??? . pemimpin asyik berebut kuasa. asyik penuh poket sendiri.

Comments are closed.