Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Susulan gangguan sistem yang dihadapi oleh laman web dan aplikasi Maybank2u sejak pagi tadi, kumpulan perbankan, Maybank meminta para pelanggan untuk menggunakan aplikasi MAE.

Katanya, para pelanggan boleh log masuk aplikasi MAE menggunakan ID pengguna dan kata kunci Maybank2u sedia ada bagi melakukan sebarang transaksi seperti pemindahan wang atau pembayaran bil.

“Ingin dimaklumkan bahawa laman web dan aplikasi Maybank2u sedang mengalami gangguan sementara yang menyebabkan sistem menjadi perlahan.

“Bagaimanapun, aplikasi MAE beroperasi seperti biasa.

“Anda boleh log masuk ke dalam aplikasi MAE menggunakan ID pengguna dan kata kunci Maybank2u sedia ada untuk melakukan transaksi yang sama dengan aplikasi Maybank2u seperti pemindahan wang dan pembayaran bil.

“Kami memohon maaf di atas ketidakselesaan,” katanya dalam ciapan di Twitter rasmi bank berkenaan hari ini.

Maybank menjadi trending di Twitter hari ini apabila para pengguna merungut dan melahirkan kemarahan mereka kerana gagal log masuk ke dalam laman web dan aplikasi Maybank2u. Malah pada awal pagi tadi, aplikasi MAE juga tidak berfungsi.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast