KUALA LUMPUR – Pertumbuhan import minyak sawit mentah (MSM) dari India dijangka dua digit pada tahun depan selepas negara itu menurunkan levi sebanyak 10 peratus baru-baru ini. Penurunan levi itu juga akan terus menyokong harga minyak sawit negara pada tahun 2021.
Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Ahmad Jazlan Yaakub berkata, prestasi eksport minyak sawit Malaysia ke India dalam tempoh Januari hingga Oktober tahun ini berjumlah 1.97 tan dengan nilai RM5.15 bilion.