Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi Akademik Dan Pembangunan, Prof. Datuk Dr. Mohd Ekhwan Toriman bergambar di Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Putrajaya. foto HAZROL ZAINAL, 24 NOVEMBER 2020.

PUTRAJAYA – Kerajaan menanggung subsidi sebanyak 90 peratus bagi menampung kos yuran pengajian sebenar di Universiti Awam (UA) manakala hanya baki 10 peratus dibayar pelajar.

Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi (Akademik dan Pembangunan) Prof Datuk Dr Mohd Ekhwan Toriman, ketika ini yuran pengajian di UA negara ini antara terendah berbanding negara lain walaupun kemudahan yang disediakan berkualiti tinggi dan diiktiraf dunia.

Jelas beliau, senario itu sepatutnya menggalakan pelajar bersyukur dan belajar bersungguh-sungguh dengan apa yang ditawarkan UA.

“Realitinya proses pembelajaran dan pengajian di UA adalah antara yuran yang paling rendah sekali dari segi nisbah tanpa subsidi dengan yang subdisi terlalu besar di mana kerajaan menanggung subsidi sebanyak 90 peratus kos satu pengajian.

“Yuran antara RM4,000 hingga RM5,000 setahun yang tidak mengambil kita subsidi kerajaan di mana jumlah keseluruhan bagi tempoh pengajian adalah RM18,000 hingga RM20,000.

“Kalau begitu yuran sebenar yang dibayar pelajar kurang RM20,000 kerana bakinya ditanggung subsidi oleh kerajaan

“Namun perbezaan yuran pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) lebih tinggi yang membabitkan jumlah RM44,000 hingga RM72,000 bagi tempoh empat tahun.

“Malah bagi program farmasi, yuran pengajian di IPTS mencecah RM130,000,” katanya kepada MalaysiaGazette di sini baru-baru ini.

Mohd. Ekhwan menambah, yuran pengajian di UA sebenarnya adalah di bawah kuasa autonomi universiti terbabit.

Jelas beliau, pihak universiti berhak memutuskan beberapa banyak pengurangan bergantung keputusan Senat dan Lembaga Pengarah Universiti (LPU).

Namun menurut, KPT sentiasa berinteraksi dan bekerjasama bagi mendapat maklumat dari UA agar kebajikan pelajar tidak terabai.

“Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, KPT sangat serius mengadakan mesyuarat libat urus dengan Majlis Perwakilan Pelajar dan pengurusan tertinggi agar yuran pengajian dapat dikurangkan khususnya melibatkan yuran yang berulang dan boleh dipertimbangkan.

“KPT sentiasa berhubung rapat dengan UA agar isu kewangan tidak membebankan dan sedang meneliti pengajian sedia ada sama ada yuran dibawa ke hadapan.

“Namun KPT kenal pasti UA dan kerajaan ada juga kekangan kewangan dan sejak penularan pandemik  Covid-19, sudah banyak yang kita bantu pelajar dan ketika ini masih ada lagi inisiatif sedang dikaji.

“Sebanyak 12 UA pada semester lepas sudah beri bantuan pengurangan yuran dan kita hendak bagi lagi dalam masa akan datang yang akan diumumkan berita baik itu oleh menteri sendiri,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast