Kemusnahan hutan hujan Amazon semakin buruk. Foto Agensi

BRASILIA – Penebangan hutan di hutan hujan Amazon di Brazil telah meningkat ke tahap tertinggi sejak 2008, lapor agensi angkasa negara (Inpe).

Sebanyak 11,088 km persegi (4.281 batu persegi) hutan hujan musnah daripada Ogos 2019 hingga Julai 2020. Ini adalah peningkatan 9.5% dari tahun sebelumnya.

Amazon adalah pusat karbon penting yang memperlahankan kadar pemanasan global.

Para saintis mendakwa Amazon telah mengalami kerugian pada kadar paling cepat sejak Jair Bolsonaro memegang jawatan Presiden sejak Januari 2019.

Presiden Bolsonaro mengalakkan aktiviti pertanian dan perlombongan di hutan hujan terbesar dunia itu.

Amazon adalah ‘kediaman’ kira-kira tiga juta spesis tanaman dan haiwan dan satu juta penduduk Orang Asli.

Kemusnahan hutan hujan Amazon semakin buruk. Foto Agensi

Data terbaharu menunjukkan peningkatan besar dari 7,536 km persegi yang diumumkan oleh Inpe pada tahun 2018, tahun sebelum Bolsonaro memegang jawatan.

Angka-angka baharu ini masih terlalu awal memandangkan statistik rasmi akan dikeluarkan pada awal tahun depan.

Brazil telah menetapkan matlamat untuk memperlahankan aktiviti penebangan hutan kepada 3,900 km persegi setiap tahun pada tahun 2020.

Selain mendorong pembangunan di hutan hujan, Bolsonaro juga telah mengurangkan dana kepada agensi persekutuan yang memiliki kuasa untuk mendenda dan menangkap petani dan pembalak yang melanggar undang-undang alam sekitar.

Bolsonaro sebelum ini bertelagah dengan Inpe mengenai data penebangan hutannya.

Tahun lalu, beliau menuduh agensi itu merosakkan reputasi Brazil.

Dalam satu kenyataan, Climate Observatory organisasi bukan kerajaan Brazil memaklumkan angka-angka itu “mencerminkan hasil inisiatif yang berjaya memusnahkan keupayaan Brazil dan badan-badan pemeriksaan untuk menjaga hutan dan memerangi jenayah di Amazon. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast