SHAH ALAM – Syed Amirul disambung reman lima hari bermula esok hingga 6 Disember ini bagi membantu siasatan dakwaan kes merogol seorang gadis di Seksyen 7, Shah Alam.
Perintah reman terhadap suspek yang juga bekas peserta rancangan realiti televisyen keagamaan itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Faisal.
Terdahulu suspek berusia 25 tahun yang memakai baju berwarna hijau itu hadir ke Kompleks Mahkamah Shah Alam kira-kira pukul 11.10 pagi dan diwakili peguam, Ahmad Amzar Ahmad Azlan.