KUALA LUMPUR – UMNO tidak boleh dinyahkan begitu sahaja kerana ia adalah sebuah parti Melayu dominan yang telah lama wujud sejak merdeka lagi.
Sebagai parti Melayu yang dominan, UMNO memainkan peranan sangat penting dalam memastikan kestabilan politik nasional.
Oleh itu, tugas dan mandat UMNO sebagai sebuah parti nasionalis terbesar dan teras kepada kekuatan politik Melayu Islam tidak boleh dipadamkan.
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, meskipun UMNO dan Pas adalah rakan kerjasama yang setara dalam Muafakat Nasional namun kekuatannya berbeza.
UMNO ternyata lebih besar dari segi pengaruh dan kekuatan akar umbi dan Pas pula mempunyai kelebihan tersendiri dalam mewakili orang Melayu.
Berikutan itu, katanya, misi UMNO adalah menguasai semula kerajaan melalui Barisan Nasional dengan kerjasama Pas, tiada siapa dapat dan patut menghalangnya.
”Sama ada kenyataan ini sensitif atau tidak, berselindung atau bersemuka, ini adalah hakikat,” tegas beliau lagi.
Hujahnya lagi, mana-mana pihak yang bercadang memencilkan pengaruh UMNO sebenarnya lemah dan tidak mempunyai kekuatan untuk ditawarkan kepada bangsa Melayu di Malaysia.
Katanya, piahk-pihak tersebut sekadar sedar politik Melayu itu penting, tetapi tidak mempunyai sebarang agenda untuk menjayakannya.
”Cadangan dan pandangan sebegini tidak wajar dan tidak seharusnya berterusan.
”Ini kerana, mereka yang menyeru dan mendakwa agar tidak perlu ada parti Melayu yang dominan, adalah mereka yang gagal memahami hakikat politik nasional, tidak sensitif dan malas berusaha untuk mengangkat dan melindungi orang Melayu,” kata Khaled lagi.
Lagipun, ujarnya, kekuatan UMNO dan Pas sudah mencukupi, yang yang selebihnya akan menyebabkan ‘suasana sesak’.- MalaysiaGazette
Dinosaurs were the most dominant creatures kat bumi ni led oiii… SATU MASA DULU… Pupus jugak. The moral of the story is… Jangan sombong… Hanya Allah yg kekal