Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Kanak-kanak lelaki yang didakwa hilang semasa di bawah jagaan bapa angkatnya semalam telah ditemui bersama bapa kandungan.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Supritendan Rajab Ahad Ismail berkata, kanak-kanak itu disedari hilang ketika pulang dari kedai berdekatan dengan pangsapuri yang didiaminya.

Menurutnya, bapa angkat itu telah cuba mencari kanak kanak tersebut di kawasan berdekatan kediaman tetapi gagal.

Bapa angkat itu kemudian membuat laporan polis, lalu tindakan melalui Nur Alert telah dibuat.

“Hasil siasatan lanjut, polis mendapati kanak kanak tersebut sebenarnya dalam jagaan bapa kandungnya.

”Terdapat sedikit salah faham antara bapa kandung dan bapa angkat telah mengakibatkan terjadinya isu ini,” katanya.

Kanak-kanak itu dalam keadaan sihat dan telah diserahkan semula kepada pengadu untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette