Komisioner Datuk Saiful Azly Kamaruddin. foto AFFAN FAUZI, 25 SEPTEMBER 2020

KUALA LUMPUR – Suspek keempat dalam kes bunuh bekas Penyelidik Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) iaitu Sugu Thanggarajoo direman selama enam hari.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, reman ke atas suspek berusia 27 tahun itu untuk membantu polis melengkapkan kes tersebut.

“Suspek keempat dan juga terakhir yang ditangkap di Air Panas, Setapak 4.30 pagi tadi oleh Pasukan JSJ Kuala Lumpur telah direman enam hari bermula hari ini untuk lengkapkan kertas siasatan polis.

“Sebelum ini, tiga orang suspek termasuk suspek utama yang telah melarikan diri dan bersembunyi di Rinching, Semenyih berjaya ditangkap.

“Dengan tangkapan kesemua empat suspek berkenaan, kes dianggap selesai dan kita akan ambil tindakan lanjut apabila  kertas siasatan selesai,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

Sementara itu katanya, 10 suspek tangkapan pertama dalam kes ini juga direman sehingga 6 Disember ini manakala tiga suspek lagi dalam tangkapan kedua Selasa lalu direman sehingga 9 Disember 2020.

Dalam kejadian di Bukit Bandaraya Bangsa itu, isteri mangsa turut dicederakan.

Kumpulan itu dipercayai turut terlibat dalam kes samun di Taman Tiara, Titiwangsa.

Kes ini disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-MalaysiaGazette

Kes bunuh: Suspek terakhir Sugu Thanggarajoo sudah ditangkap

 

SUSPEK UTAMA BUNUH BEKAS PENYELIDIK MARDI DICEKUP POLIS, SEORANG LAGI DIBURU

MUKA PENYAMUN BUANG DOMPET MANGSA BUNUH DICAM, POLIS TAHAN 10 SASPEK

PESARA KERAJAAN MATI DITETAK, ISTERI CEDERA DISAMUN