KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak mempersoalkan kewajaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengambil masa sehingga akhir Februari tahun depan untuk mengeluarkan wang pencarum melalui i-Sinar.
Sedangkan, golongan yang terjejas akibat Covid-19 telah menunggu wang tersebut sejak bulan Oktober lalu apabila beliau dan UMNO mencadangkan pengeluaran wang tersebut.
Tetapi pengumuman KWSP semalam bagi kategori 2 bermaksud pemohon perlu tunggu sehingga 11 Januari 2021 untuk memohon dengan pelbagai bukti dokumen, kena tunggu lagi 2 hingga 3 minggu untuk dimaklumkan KWSP jika permohonan layak atau tidak.
“Jika layak, bayaran hanya akan dibuat sebelum akhir bulan berikutnya – iaitu pada akhir bulan Februari. Sekarang awal bulan Disember.
”Adakah ianya munasabah bagi mereka yang tengah lemas untuk tunggu 3 bulan lagi sehingga akhir bulan Februari sebelum mendapat pelampung sedangkan mereka sudah berharap sejak bulan Oktober iaitu 5 bulan dahulu?,” soal Najib.
Semalam, KWSP telah mengeluarkan syarat-syarat dan butiran mengenai permohonan pengeluaran i-Sinar.
Syarat-syarat berkenaan terbahagi kepada dua kategori.
Namun, bagi Kategori 2, ahli boleh memohon secara dalam talian melalui isinar.kwsp.gov.my mulai 11 Januari 2021. – MalaysiaGazette
i-kencing lagi
Penat menunggu ni..tlg lh x pyh tunggu lg.kitorang amat2 memerlukan..pertengahan january anak2 naik sekolah.masok kolej lg..semua perlukn duit..
Zaman najib dulu bagus. Mmg cepat bab keluar duit ni. Sampai lesap tak nampak duit tu. Punya laju najib buat.