Nataz salah sebuah kemudahan nuklear Iran yang bakal meningkatkan pengayaan uranium. foto Agensi

TEHRAN – Iran yang menghentikan pemeriksaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di lokasi-lokasi nuklearnya, meluluskan untuk meningkatkan pengayaan uranium.

Kelulusan itu diberikan oleh Parlimen.

Rang undang-undang tersebut membenarkan Iran meneruskan pengayaan uranium hingga 20% – lepasi 3.67% yang dipersetujui di bawah perjanjian nuklear 2015 – jika sekatan ke atasnya tidak ditarik balik dalan tempoh dua bulan.

Presiden Iran, Hassan Rouhani memaklumkan beliau menentang pelaksanaan undang-undang tersebut.

Kelulusan itu diberikan selepas tragedi pembunuhan Mohsen Fakhrizadeh, seorang saintis nuklear Iran.

Mohsen Fakhrizadeh terbunuh dalam serangan misteri di luar ibu negara Tehran pada Jumaat lalu.

Iran percaya Israel dan kumpulan pembangkang yang usir dari negara tersebut menggunakan senjata kawalan jarak jauh untuk melakukan tembakan tersebut.

Israel setakat ini belum mengulas tuduhan yang dibuat oleh Iran.

Di bawah undang-undang, yang disahkan oleh Majlis Pengawal Iran, Teheran akan memberikan dua bulan untuk negara-negara Eropah yang menandatangani perjanjian nuklear 2015 meringankan sekatan terhadap sektor minyak dan kewangan Iran selepas Amerika Syarikat (AS) menarik balik perjanjian itu pada tahun 2018.

Sekiranya sekatan itu tidak dilonggarkan sehingga tarikh akhir, kerajaan akan meningkatkan pengayaan uranium menjadi 20% dan memasang sentrifugal canggih, yang digunakan untuk memperkayakan uranium di kemudahan nuklearnya di Natanz dan Fordow.

Ini juga akan menyekat pemeriksa PBB memasuki kawasan ini.

“Hari ini dalam sepucuk surat, Speaker Parlimen secara rasmi meminta presiden untuk melaksanakan undang-undang baharu,” lapor agensi berita Fars pada hari Rabu.

Sebelum undang-undang tersebut disahkan, Presiden Rouhani berkata, kerajaannya tidak setuju dengan undang-undang berkenaan kerana ia “merosakkan diplomasi”. – MalaysiaGazette