Pendakwah selebriti dibawa anggota polis untuk mendapatkan permohonan reman bagi membantu siasatan dakwaan kes rogol dan cabul di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 07 DISEMBER 2020.

PETALING JAYA – “Terima kasih semua kerana datang..saya sihat. Alhamdulillah. Doakan untuk saya. Insya-Allah”.

Demikian reaksi pendakwah selebriti kontroversi ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pagi ini untuk direman semula oleh polis bagi membantu siasatan dua laporan polis cabul dan rogol melibatkan seorang pelajar kolej dan guru sekolah.

Beliau memakai baju lokap berwarna unggu dengan rambut diikat kelihatan tenang diiringi tiga anggota polis itu memberi salam kepada wartawan dan jurukamera.

Kemudian beliau dibawa ke lokap bilik reman di mahkamah sebelum dihadapkan ke Majistret PJ untuk mendapatkan reman.

Pendakwah selebriti dibawa anggota polis untuk mendapatkan permohonan reman bagi membantu siasatan dakwaan kes rogol dan cabul di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 07 DISEMBER 2020.

Sebelum itu, kedua-dua mangsa membuat laporan polis ke atas pendakwah muda itu pada 29 dan 30 November lalu

Kedua-dua mangsa berusia 22 tahun itu mendakwa menjadi mangsa cabul suspek dalam kejadian Oktober lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee dalam kenyataan 30 November lalu berkata, mangsa merupakan pelajar kolej warga mendakwa kejadian berlaku pada 17 Oktober lalu.

Menurut mangsa, dia pukul jam 1 pagi semasa dipelawa suspek ke rumahnya di kawasan Damansara Perdana untuk mengajar mangsa ilmu pemasaran perniagaan.

Katanya suspek membuat laporan polis pada 29 November lalu sekitar jam 3.51 petang di Balai Polis IPD Petaling Jaya.

“Semasa berada di rumah suspek, mangsa telah dicabul oleh suspek dan dipaksa untuk melakukan seks oral,” katanya dalam kenyataan 30 November lalu.

Manakala guru sekolah pula membuat laporan polis di Balai Polis Damansara 30 November lalu sekitar jam 6.38 petang mengenai insiden rogol menimpa dirinya selepas mengikut mangsa meraikan hari kelahiran bersamanya di Shah Alam

Menurut laporan polis mangsa, insiden itu menimpanya pada 22 Oktober lalu sekitar jam 9 malam yang mana suspek public figure itu mengajak mangsa keluar bersamanya menyambut hari kelahirannya di sebuah restoran di Petaling Jaya.

Pada 27 November lalu suspek direman lima hari selepas ditangkap ketika hadir memberi keterangan laporan polis rogol terhadapnya di IPD Shah Alam sebelum direman lima hari lagi untuk kes kedua rogol di Shah Alam reman sehingga semalam.

Pasukan Polis PJ menangkap suspek untuk dua laporan polis bersabit kes rogol di Petaling Jaya.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube : MalaysiaGazette TV
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast