Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 41 kluster melaporkan pertambahan kes positif Covid-19 hari ini.

Kluster berkenaan adalah Kluster Teratai merekodkan pertambahan 78 kes, Kluster Batu Tujuh (52 kes) dan Kluster Ria-30 (33 kes).

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham berkata, sebanyak empat kluster diisytiharkan tamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Kluster berkenaan adalah Kluster Melati, Kluster Kempas, Kluster Titir dan Kluster Tempayan.

Manakala Noor Hisham berkata, dua lagi kluster baharu dikenalpasti hari ini.

Kedua-dua kluster baharu itu adalah Kluster Seruling melibatkan daerah Klang Hulu Selangor dan Petaling di Selangor di kawasan tempat kerja.

Kata Noor Hisham, sebanyak 109 dikesan positif Covid-19 daipada 2,267 yang telah disaring.

Manakala lagi satu kluster baharu kedua adalah Kluster Tapak Bina Darul melibatkan daerah Titiwangsa, Cheras dan Lembah Pantai di Kuala Lumpur selainĀ  Petaling, Sepang, Kuala Langat Klang dan Seremban di Negeri Sembilan.

“Sehingga 8 Disember 2020, sejumlah 240 individu telah disaring, di mana 14 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” katanya menerusi kenyataan.-MalaysiaGazette