Menteri Besar Perak yang juga Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan dakwaan Datuk Seri Najib Razak mengenai penjualan ladang kelapa sawit milik sebagai punca penyingkirannya sebagai Menteri Besar Perak.

Dalam kenyataan dimuat naik dalam media sosialnya, Ahmad Faizal atau dikenali Peja berkata, bagi penjualan ladang sawit 15,000 hektar milik kerajaan negeri bukan dibuat secara rundingan terus.

Beliau berkata, sebanyak 11 syarikat perladangan kelapa sawit tempatan dan pemain utama industri ditawarkan dalam bidaan.

Mengenai dakwaan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Slim telah memberi amaran mengenai perkara yang sama, Peja berkata, cadangan penjualan PT Pinang Witmas Sejati telah bermula sejak tahun 2014 dan cadangan tersebut diangkat untuk kelulusan peringkat pengurusan, jawatankuasa lembaga pengarah dan kerajaan negeri.

Itu antara penjelasan Peja mengenai dakwaan bekas Perdana Menteri itu.

Sebelum itu, Najib telah mendakwa penjualan PT Pinang Witmas Sejati di Palembang, Indonesia kepada sebuah syarikat Singapura untuk satu pertiga dari nilainya adalah salah satu sebab Pejal hilang kepercayaan di Dewan Undangan Negeri Perak Jumaat lalu.

Najib juga mengulangi pernyataan Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib yang juga bekas ADUN Slim bahawa ladang itu bernilai RM1.03 bilion.- MalaysiaGazette