Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Selepas Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Dewan Rakyat meluluskan pula Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Keputusan tersebut diumumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon, selepas keputusan diperoleh melalui undian suara majoriti.

Sebelum undian dijalankan, sesi penggulungan bagi kementerian tersebut dilakukan oleh Menteri, Datuk Seri Rina Harun selepas dibahaskan oleh 11 Ahli Parlimen.

Kementerian ini menerima peruntukan sejumlah RM2.584 bilion dalam Belanjawan 2021.- MalaysiaGazette