Tertuduh membuat pengakuan itu setelah kertas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Noorasyikin Sahat.
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Empat lelaki akan didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan membunuh bekas Penyelidik Teknologi Maklumat Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) pada 29 November lalu.

Kesemua suspek akan dituduh dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian tersebut, Dr Wan Hassan Wan Embong, 71, maut akibat ditetak manakala isterinya, Sarifah Yusof, 70, cedera di tangan kanan akibat ditetak.

Artikel berkaitan:Bunuh pesara MARDI : Suspek akhir direman hingga 8 Disember

PDRM Buru Suspek Bunuh Bekas Penyelidik MARDI

Suspek utama bunuh bekas penyelidik Mardi dicekup polis, seorang lagi diburu 

Kes Tetak Bekas Penyelidik MARDI: 10 individu ditahan

Pesara MARDI Maut Ditetak Perompak | EDISI MG 2ptg – 29 Nov 2020

Mangsa dipercayai ditetak dengan parang apabila cuba melawan dua lelaki tidak bertopeng yang memecah masuk dari tingkap dapur banglo dua tingkat itu.

Suspek-suspek yang sama juga turut dituduh dibawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan (samun berkumpulan menggunakan senjata) bersabit dengan kes samun di Setapak Kuala Lumpur. – MalaysiaGazette